1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama
orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang
takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali
haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu,
dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa
Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala
keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah
menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul
mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas
darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu
berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh
rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10.
Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu
yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat
akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana
dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan
puasanya)
15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada
Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?”
Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab
Rasulullah SAW. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila
mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan),
memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan
masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000
tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26.
Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20
orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh
dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya,
maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32.
Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang
tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu,
maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan
pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33.
Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan
mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau
memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan
hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada
suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan
tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya
pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat
kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas
kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu
melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat
isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38.
Jika wanita mengurut suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita mengurut suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang
berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita
dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya
kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya,
dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam
pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu
pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati
suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW.
keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam
majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat
?” Jawab mereka,”Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak
perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah
dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan
ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan di doa’kan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45.
“Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika
membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api
neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
46.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai Fatimah, untuk
setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah
menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
48.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian
dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya
ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar
dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
49.
“Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut
anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri
anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak
helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan
menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya.”
50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana
wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai)
dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari
sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan
didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan
dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia
melintas Titian Shirat.”
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih
awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan
dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya (menjaga aurat) iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55.
Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat
pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56.
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang
kepadanya ia mengembirakan engkau, jika engkau memerintah di ta’atinya
perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau
dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58.
Rasulullah SAW bersabda bahawa, “Allah telah memberikan sifat iri
(cemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita
melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu
perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti
misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran
seorang syahid”.
(Rujukan : Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab dan lain-lain.)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar